Pembekal Atap Alang Malaysia

Welcome to Alang Alang Supplier Website

Contact: HEDZIR

call/sms: 019-7786837

whatsapp: 014-2277212 

email: hnfmajutrading@gmail.com

 About Us

We are reliable professionals with over 8 years of experience.

We listen to our customers and gives free consultation. 

 Services

We supply and install alang alang roof. With an experienced staff,

you can be sure we will get the job done and get it done right.

We are BIGGEST Manufacturer, Exporter and Supplier of Natural Thatch Roof also known as Alang Alang @ Atap Lalang as roofing material from Lombok Island, Indonesia. Contact: +6014-2277212. 

Email: hnfmajutrading@gmail.com.  Mobile: +6014-2277212(call, text, whatsapp or wechat)


Our thatch roof is the cheapest & finest because we are the biggest manufacturer in Indonesia. Price FOB Surabaya Port @ USD2.50 - USD3.00 per piece (2.7m lenght) with production capacity of 6-8 containers (40ft) per month.

 

Manufacture in Lombok Island Indonesia, the thatch is made from selected fine quality grass grown at hillside and that meets the standards and quality of International Resorts .


We exported our thatch roof from Indonesia to several countries such as Malaysia, Philiphine, South Africa, Australia, German, Maldives and Middle East. We also welcome International Trading Agencies to become our distributor worldwide.


In Malaysia, we supplied our thatch roof to Golden Palm Tree Resort - Sepang Goldcoast, Berjaya Redang Island Spa & Resort, Morib Goldcoast Resort, Parkroyal Hotel Penang, Sunway Borneo Rainforest Cafe, Gambang Theme Park Pahang, Pullman Hotel Putrajaya, Desaru Resort, Berjaya Tioman Island Resort, Desaru Pulai Spa & Resort, Legoland Johor, Pulau Perhentian, Pualu Tioman, Pulau Kapas,  Pulau Rawa, Pulau Tengah, Local Contractors and Individuals through out the country. 


Please refer to 'PRODUCTION'  or 'MORE' for production process information.


Note: All the informations in this website was updated on 28/9/2018

MOHD. HEDZIR BORHAN

HNF MAJU TRADING




A. Pengenalan Barang/Product:

 
          Atap Lalang @ Alang ALang semakin popular digunakan di Malaysia dan dipasang di resort, villa, bungalow, chalet, gazebo dan lain-lain bangunan. Ia juga amat popular digunakan di merata dunia terutama di pusat-pusat peranginan bertaraf antara-bangsa di negara-negara bercuaca panas. Antara negara-negara yang memasang atap lalang adalah Australia, USA, Mauritius, Fiji, Thailand, Hawaii dan Indonesia sendiri. Suhu dibawah bangunan yang dipasang dengan atap lalang akan menurun sehingga 10-15 darjah Celcius kerana bahan atap lalang adalah penebat haba yang baik. Selain berfungsi sebagai penebat haba, bumbung dari atap lalang kelihatan sangat cantik dari pandangan luaran dan kelihatan amat menarik pada bahagian dalam bumbung bangunan tersebut.  Anda boleh melayari web-web yang berkaitan dengan 'ALANG ALANG BALI' untuk melihat sendiri pemakaian atap lalang di serata dunia. Sila klik link dibawah sebagai testimoni penggunaan atap lalang di: http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Bumbungmesraalam/Article/index
 
B. Ukuran Sais Atap:
 
2.7m(panjang) x 0.9m(labuh)


C. Tempoh Jangkaan Hayat & Keperluan Bahan:    
 
Sehingga 15 tahun untuk jarak 1 1/2 inci dari setiap keping atap.
Ketebalan atap sehingga 10" untuk 12 keping overlap. 
Keperluan atap - 12 pcs/sq yrd @ 13 pcs/sq m.
Sudut bumbung minima 45 degree.
 
Sehingga 10 tahun untuk jarak 2 inci dari setiap keping atap. 
Ketebalan atap sehingga 8" untuk 10 keping overlap. 
Keperluan atap - 9 pcs/sq yrd @ 10 pcs/sq m.
Sudut bumbung minima 35 degree.
 
Sehingga  7 tahun untuk jarak 2  1/2 inci dari setiap keping atap. 
Ketebalan atap sehingga 7" untuk 9 keping overlap. 
Keperluan atap - 7 pcs/sq yrd @ 8 pcs/sq m.
Sudut bumbung minima 30 degree.
 
Sehingga 5 tahun untuk jarak 3 inci dari setiap keping atap. 
Ketebalan atap sehingga 6" untuk 8 keping overlap. 
Keperluan atap - 6 pcs/sq yrd @ 7 pcs/sq m.
Sudut bumbung minima 30 degree.


D.  Upah Pemasangan Atap: 

Untuk Jarak/Gap - 1.0 inci
RM300.00/sq m @ RM30.00/sq ft

Untuk Jarak/Gap - 1.5 inci
RM250.00/sq m @ RM25.00/sq ft

Untuk Jarak/Gap - 2.0 inci
RM200.00/sq m @ R20.00/sq ft
 
Untuk Jarak/Gap - 2.5 inci
RM180.00/sq m @ RM18.00/sq ft

Untuk Jarak/Gap - 3.0 inci
RM150.00/sq m @ RM15.00/sq ft

Untuk Jarak/Gap - 4.0 inci
RM120.00/sq m @ RM12.00/sq ft

Nota: 
Untuk bumbung berbentuk piramid, tambahan sebanyak 5%  dari jumlah keperluan luas permukaan 
bumbung sebagai sisa buangan @ 'wastage' didalam pengiraan jumlah keperluan atap.


E. Harga sekeping atap
 
Atap 2.0 meter x 0.7 meter = RM 12.00 sekeping 
Atap 2.7 meter x 0.8 meter = RM 17.00 sekeping
(Tidak termasuk kos penghantaran yang ditetapkan oleh syarikat pengangkutan).
Discount diberikan untuk jumlah tempahan yang besar .
FCL kontena 40' High Cubic 9' 6"  - 5000 keping - Atap 2.0 meter
FCL kontena 40' High Cubic 9' 6" - 3700 keping - Atap 2.7 meter
Harga boleh runding lagi dengan discount besar.



F. Bahan Binaan Rabung/Wowong/Ridge Capping
 
Bahan mentah untuk membuat rabung@ridge capping bagi bumbung berbentuk piramid.
Harga se unit: RM1.50
Keperluan bahan: 30 pcs/m @ 9 pcs/ft
Upah pemasangan: RM30.00/m @ RM10.00/ft (termasuk semua bahan-bahan lain yang berkaitan)


G. Bahan Binaan Kerakat(Buluh Penindih Atap)

Buluh yang dibelah  digunakan untuk menindih permukaan atap.
Dipasang untuk mengelak atap tersingkap oleh tiupan angin yang kuat. 
Ukuran: 1 1/2"(lebar) x 10'(panjang)
Harga se unit: RM 2.50
Keperluan bahan: 3 pcs/sq m @ 95% luas permukaan bumbung
Upah pemasangan: RM25.00/sq m


H. Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Jangka Hayat Atap

a) Jarak tindihan@overlapping
Lebih rapat jarak pemasangan, lebih lama hayatnya sebelum bocor/rosak. 
Atap yang lebih rapat menyebabkan bumbung menjadi lebih tebal. 
Ketebalan ini melambatkan penipisan atap oleh proses pereputan semulajadi.

b) Sudut kecuraman bumbung
Lebih besar sudut kecuraman, lebih lama hayatnya sebelum bocor/rosak. 
Sudut yang besar melancarkan pengaliran air hujan dan mengurangkan resapan air.
Sudut yang besar melambatkan proses pereputan semulajadi.
Sudut minima 30 darjah.

c) Lokasi bangunan
Bumbung atap lalang yang berada ditempat lapang dan sentiasa terdedah kepada cahaya matahari 
akan tahan lebih lama berbanding bumbung yang berada ditempat teduh e.g bawah pokok. 
Atap yang berada ditempat teduh akan lambat kering dan mempercepatkan proses pereputan semulajadi.

d) Geografi 
Atap di lokasi yang panas dan kering akan tahan lebih lama berbanding dengan lokasi yang sering ditimpa hujan. 

e) Alas bawah bumbung 
Sebarang pemasangan apa-apa bentuk alas  dibawah permukaan atap alang seperti plastik/bumbung/ceiling 
akan memendekkan usia atap dengan ketara. Ini adalah kerana pemasangan alas berkenaan menyebabkan 
udara tidak dapat beredar(ventilate) dibawah atap lalang untuk mempercepatkan proses pengeringan.

f) Kawasan kuat angin
Ketahanan atap akan berkurangan bagi kawasan yang terdedah kepada angin kuat seperti di tepi pantai atau kawasan terbuka yang luas. Lapisan permukaan atap yang kering akan diterbangkan oleh angin yang kuat. Angin yang kuat akan mempercepatkan kadar penipisan lapisan atap. 

I. Tempahan Atap
Bagi keperluan kuantiti yang besar, tempahan awal hendaklah dibuat.
Wang pendahuluan yang bersesuaian hendaklah diletak sebagai 'deposit'.

J. Terma Pembayaran:
 
Bayaran Pendahuluan: diperlukan untuk mengesahkan tempahan besar.
Pembayaran Penuh: On Delivery: Cash/Company Cheque/Bank Draft.


K. Lain-Lain Bahan Bekalan

Kami juga membekal Kayu Bakau dan Atap Nipah untuk keperluan pasaran tempatan. 
Bersedia menerima tempahan untuk seluruh negara.
 

Terima kasih kerana melawat website ini.


MOHD. HEDZIR BORHAN
HNF MAJU TRADING
(SA0460494-W)
OUR STOCK AT STORE

 Bekalan stok atap lalang di gudang kami di Telok Panglima Garang

Penggunaan atap lalang di pusat peranginan antarabangsa